Saturday, 11 August 2012

Kisah Rabiatul Adawiyah~~

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).

[Surah al-A'raf, ayat 201]

Saturday, 11 February 2012

Pikir La Sendiri

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"
doktor tersebut tersenyum dan berkata :
" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."
"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..
si doktor tersenyum lagi & berkata :
" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."
"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..
pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..
"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"
"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..
jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."


Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through...♥

Sunday, 29 January 2012

bisnes terbaik adalah dengan Allah

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?”. (As-Shaff; 10-11)
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anuge- rahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi”.
(Fatir: 29)
“Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar”. (At-Taubah: 111)
==============
MLM dengan Allah....tak rugi

Friday, 27 January 2012

pada kaum SODOM = nyah/ gay dan sewaktu dgnnya...

kisah kamu telah ada beribu tahun lalu...inilah prbualannya ================================
Ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan kaumnya.
Maksud ayat-ayat ini:
(165 ) “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;
(166) “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!
(167) Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
(168) Nabi Luth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”.Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum.
@Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth, sebagaimana maksud ayat:172-173:
(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)
(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
==================
Asy-Syu`ara 165-173

pada kaum SODOM = nyah/ gay dan sewaktu dgnnya...

kisah kamu telah ada beribu tahun lalu...inilah prbualannya ================================
Ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan kaumnya.
Maksud ayat-ayat ini:
(165 ) “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;
(166) “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!
(167) Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
(168) Nabi Luth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”.Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum.
@Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth, sebagaimana maksud 
ayat:172-173:
(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)
(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
==================
Asy-Syu`ara 165-173

Tuesday, 24 January 2012

jangan Menunggu..!!!!!

 @ Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..
@ Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..
@ Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi..
@ Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan..
@ Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..
@ Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..
@ Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu.
.@ Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai..
@Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah...bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..
@Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..
@ Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan..
@ Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah..
@ Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa~~

Wednesday, 18 January 2012

sentiasa la berwaspada kaum hawa..

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil. Dad...ah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut. Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda. Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus. Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai