Sunday, 11 December 2011

hidup seorang penoreh getah.

assalamualaikum..

   alhamdulillah semalam dan ari ni cuaca baik je jadi boleh la ku pergi kebun untuk menoreh atau orang kampong cakap ''pergi motong''. biasa la dah jadi anak penoreh kena la tau menoreh. kul 6.30 pg baru aku bangun biasa la orang muda bukan cam orang tue aku kul 4 @ 5 dah bagun. selesai solat subuh aku terus ke kebun untuk menoreh. semalam cuaca elok, jadi pokok kering boleh motong kalaw ujan pulak aku kira aku dapat cuti la . sebab klaw pokok basah susu getah x ada dan takut pulak pokok rosak.  
  selalunye aku g motong kul 7.30 @kul 8 pg cam 2 la. habis pulak x menentu kadang-kadang kul 11 ,12, x pun dalam kul 1 baru aku balik umah. aku paling x tahan bile tengah toreh nyamuk datang , aduhai gatalnye 1badan mane dengan pacat lagi. sebenarnye bile kene isap darah dengan pacat ni bagus sebab dia isap darah kotor , yang jadi masalahnye bile dah abis isap darah  ,darah kat kaki x nak behenti. aduhai kena tungu behenti baru la boleh solat.
   cam biase klaw rini x ujan esok boleh motong lagi, petang 2 pulak tiba2 alamak hari ujan, abis susu getah dah bercampur dengan air, abis getah keluar dari pot. nak wat ,macam mane  x ada rezeki la untuk arini. disebabkan semalam ujan jadi arini kira cuti la. nak tido je letih pulak jadi aku pun buat la keje ape2 yang patut kat umah.
   esok pagi pegi motong sebab semlam x ujan dah. alhamdulillah susu dalam pot getah ada lagi, rezeki aku walaupun x banyak. dah kat seminggu aku motong ,ada la getah untuk dikutip, sesetengah orang jual susu getah tapi kat kg aku semua jual getah yang dah beku. baunye pulak, perghhh 2 hari x ilang, minyak wangi original pun klah. tapi nak wat macam mana x kan nak suh orang kutip. rugi pulak asenye.
   dulu harga getah  x sampai 2 ringgit , tiap kali p kutip getah upah aku cuma singit ke 5 ingit je, tapi budak2 dapat duit dah seronok. waktu umur aku dalam 8 ke 9 tahun aku dh kene pergi kutip getah beku. biasa anak orang kampung. susahnye hidup dulu lebih bermakna dari sekrang. sekarang harga getah dah naik dalam 4 ke 5 ingit , harga getah ni x menentu, bila naik ada sampai kat 6 ke 7 ingit sekilo. jadi pendapatan pun ada bertambah dan ada berkurang. jadi pendapat pun x tetap la. sekarng klaw kutip getah insyallah dapat la upah 10 ke 50 ingit, iye la sebab getah dah naik harga jadi upah pun naik la. lagi satu dah besar duit ade je untuk digunakan. kecik dulu taunye cume nak beli gula2 dan keropok.
   macam ni la hidup penoreh , pendapatannye ikut , harga pasaran, cuaca, alam semula jadi, nak x nak setiap penoreh kene terima  klaw x macam mane dapur nak berasap. orang sekarang cakap jadi penoreh lebih kaya dari orang kerja kerajaan tp penah ke orang yang cakap tu hidup jadi seoarng penoreh, dan mampu ke besarkan anak yang seramai 10 ke 15 hanya hidup sebagai penoreh..? pikir-pikirkan la jangan cume tahu berkata-kata ..

'' hidup ini lebih bermakna jika bermula dari bawah agar kita sedar siapa kita bila berjaya. tidak mudah lupa di''

Assalammualaikum...

okey , entry aku kali nie bukan lah entry aku yang original datang dari kepala otak aku yang x beberapa nak cerdik nie kan ? sebab entry aku kali nie , aku copy & paste dari wall dekat fb aku . but , yang paling penting mesej / moral value yang di berikan & di tonjol kan begitu bermakna bagi kita semua di dunia nie . walaupun entry aku kali nie aku just copy & paste , aku harap mesej nie akan jadi iktibar , pengajaran & tauladan kita bersama . so , kita renung renung kan & selamat beramal ! :D


Orang kata aku lahir dari perut mak ! ( Bukan org kata , memang betul )

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
 
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang boleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefon , Mak .
Bila seronok , orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .
 

Aku ada pasangan hidup sendiri .
 

Bila seronok , aku cari , Pasanganku .
 
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefon pasanganku !
Entah bila , aku nak telefon mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :
 

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bolehkah kau kirim wang untuk mak
 

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
 

Berderai air mata jika kita mendengarnya .
 

Tapi kalau mak sudah tiada .
 

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "
 

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
 
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya . Kos upah membantu ibu :
 

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
 

2) Tolong jaga adik : RM4.00
 

3) Tolong buang sampah : RM1.00
 

4) Tolong kemas bilik : RM2.00
 

5) Tolong siram bunga : RM3.00
 

6) Tolong sapu sampah : RM3.00
 

Jumlah : RM17.00
 

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .
 

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
 

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
 

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
 

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
 

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
 

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,


" Saya Sayangkan Ibu " . Kemudian si anak mengambil pen dan menulis " Telah Dibayar " pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Thursday, 17 November 2011

jodohhhh!!!!

✿..JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah..
Sebab apa?
Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buatku, buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..buat apa terlalu memikirkan sangat..kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup..✿~
>>> Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi..(✿◠‿◠)

Saturday, 12 November 2011

mampu kah aku menjadi anak yang soleh pada ibu bapa ku...?

  sejak mak aku mengandung aku selalu menyusahkan aku. walau[pun waktu tu aku dalam perut. maka au terpaks berpantang, nak kene jage diri supaya kandungan mak aku tak terjejas. ini belum lagi aku dilahirkan ..
13/03/1991 aku dilahirkan. adik beradik aku semua lahir normal tapi aku susah sikit sebab aku lahir mak aku kena bedah. dah sakit bersalinkan aku lepas tu kene tahan sakit sebab bedah lagi. besarnya perngorbanan mak aku untuk melahirkan aku. abah pulak sentiasa jaga aku dan adik beradik aku untuk beri kami makan. tapi dapat ke aku balas semua perngorbanan mak dan abah aku. dan aku x tau bila la aku dapat tolong mak aku, jaga mak dan berkoban untuk dan abah aku, mcm mana mak ngan abah berkkorban untuk anak-anaknya..


-DOA UNTUK IBU BAPA-
Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka  
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mere

ka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu 
hidup 
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita 
menghisap 
darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. 
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau 
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 
memperdulikan 
dan 
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya 
didahulukan 
didunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Thursday, 13 October 2011

Ayah nak...!!!

 ADIK : YAH, NK MOTOR BARU ?
AYAH : 8A DULU 
ADIK : YAH, NAK HANDPHONE BARU ? 
AYAH : 8A DULU 
ADIK : YAH, NAK JAM BARU ? 
AYAH : 8A DULU
ADIK : YAH, NAK KASUT BARU ?
AYAH : 8A DULUUUU 
ADIK : YAH, ERR .. 
AYAH : 8A DULUUUUU! 
ADIK : NAK MAK BARU ? 
AYAH : BILA ??? 
MAK : JANGAN NAK CARI PASAL.NAK SAIZ KASUT ABG KE  
SAIZ KASUT SAYA?

Wednesday, 12 October 2011

jom bce cte sal jin2

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..) 
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu. 
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat. 
8)Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!! 
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.
* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 
by : oh aduhai (cpy n paste je)
*sekadar perkongsian

Tuesday, 11 October 2011

Kita Dan Ibu!!!


    I LOVE MY MUM.
  • Ketika berusia 1 tahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
  • Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
  • Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
  • Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding.
  • Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
  • Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : “Tak nak ! Taknak !”
  • Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.
  • Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
  • Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
  • Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja..kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
  • Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah..kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
  • Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.
  • Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk suratpun.
  • Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
  • Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPT, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
  • Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah membayar yuran pengajian , menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama.kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
  • Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata. “Itu bukan urusan ibu”.
  • Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya.kita kata ” saya tidak mahu jadi seperti ibu”.
  • Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan. . “perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!”
  • Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut. “ibu , tooooolongglah. .”
  • Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
  • Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita dengan megah berkata, “itu dulu, sekarang zaman moden..”.
  • Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung.. kita berkata “kami sibuk, tak ada masa nak datang”
  • Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.
  • Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.
  • Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.
  • “sesungguhnya hidupku, matiku, amalanku, ibadahku adalah semata-mata kerana Alllah SWT”
 wassalam
  • ingat syurga itu dibawah tapak kaki ibu… … …

Wednesday, 5 October 2011

muslihat iblis..!!!!

Seorang penjahat telah ditembak dan koma di hospital selama beberapa hari. pada masa komanya, dia bermimpi dibawa oleh Malaikat ke Neraka.. Tapi dia terkejut kerana d Neraka begitu ramai orang clubbing, minum judi, dan banyak ladies2 yang cantik, seksi.. Dia segera mahu cepat2 masuk ke Neraka itu tapi ditahan oleh Penjaga Neraka. "Tunggu dulu!! waktu kamu belum tiba!! Kembalilah ke dunia dan berbu...at jahatlah kamu sejahat-jahatnyaaaa maka kau pasti akan ke Neraka!!" Akhirnya dia telah kembali ke dunia dan kembali melakukan kejahatan sedasyat-dasyatnya tetapi akhirnya ditembak mati oleh Pegawai Polis. Dia telah dihantar malaikat ke Neraka tetapi IA AMAT TERKEJUT!! kerana di dalamnya penuh dengan api, kesakitan, bau darah dan binatang berbisa. teriakan meminta tolong terdengar d mana2.. Lalu dia bertanya" Waktu yang lalu Neraka tidak begini??" Iblis tersenyum lalu berkata : OOOOO.. waktu itu tengah PROMOSI!! :)


"bertaubat dan insaf la ketika diberi kesempatan , jangan sesekali mudah teperdaya dengan hasutan syaitan atau iblis, tiada makhluk yang disembah melaikan ALLAH S.W.T ,.. ALLAH S.W.T YANG MAHA BERKUASA "

Thursday, 29 September 2011

MAK nak UPah..!


 Si anak memberikan sehelai kertas kpd si ibu, 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4.00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA. Si anak menitiskan air mata lantas memeluk ibunya
P/S : Tak cukupkah kita menyusahkan dia sejak dari kita belum lahir?peringatan untuk semua orang dan saya sendiri.!

Saturday, 24 September 2011

DULU : bila musim buah

kenangan aku waktu umur aku 9 ke 12 tahum . biasa la zaman budak-budak sape tak seronok bile musim buah patang nampak buah yang baru nak masak dah rembat.. umah aku ngan umah tok aku cuma 20 ke 30 langkah je jalan.. kat umah dok aku macam-macam buah ada.. jadi tiap kali musim buah tok aku dah siap buat lastik nak lestik sape yang ambik buah.. tok aku geram sebab buah 2 baru je nak masak dah hilang.. aku ngan abang aku punya keja.. aku ingat lagi bila pokok mangis masak je kat depan umah tok aku.. kami semua caver line tengok tok buat apa.. tau je tok tengah wat keja .. kami apalagi terus panjat pokok mangis.. sambil dok atas pokok masing2 cari buah yang baru nak masak.. bila tok aku nampak je kami atas pokok apa lagi terus dia ambik lastik , lastik kami.. apa lagi lingtang pukang kami lari, semua terjun pokok.. nasib baik la tak kena, kalau tak bengkak seminggu.. maklum la tok aku guna peluru batu.. boleh kata tiap kali kami panjat tok tau je.. dah tu kene merepek pulak bila tok pergi umah aku.. apa nak wat dengar je la tp esok tu kami wat lagi..hahah budak-budak setakat merepek je takde maknenye.. tpi sekarang dah takde dah semua tu sebab tok aku dah , meninggal dunia.. jadi tu semua kengan aku.. bila musim buah je.. semua cam tak berminat.


 " masa yang lepas akan jadi kenangan , masa depan tak siapa yang tahu apa yang akan jadi"


 
   

Friday, 23 September 2011

Senjata Umat Islam


   Tidak sedikit orang yang mengeluhkan kesulitan, permasalahan serta rintangan yang menghadang mereka yang beragama secara benar. Mereka kemudian mengatakan ,"setiap kali kami ingin mendekatkan diri kepada ALLAH, kami tidak mampu dan kembali kami melakukan maksiat lagi." penulis ingin mengatakan; "ubat penawar bagi penyakit kalian adalah zikirullah." penulis sedar, sebahagian orang akan meremehkan jawapan ini. 
   saudara tercinta, jangan pernah mengabaikannya. ini jawapan yang telah teruji. ALAh S.W.T telah memberi kita dua senjata yang tidak boleh ditinggalkan sepanjang hidup. senjata pertama adalah "ZIKIRULLAH" dan senjata kedua adalah "DOA". ketahuilah, saudara, bahawa orang yang mengabaikan senjatanya akan dikalahkan oleh musuhnya.

Monday, 12 September 2011

Yang Paling Manis Di Dunia

         Hamba siapakah kita? apakah kita hamba diri sendiri? apakah kita hamba syahwat sendiri? siapakah pemilik kita yang sebenarnya? apakah tujuan kita hidup di dunia? ini lah pertanyaan yang bertebaran bersama pelbagai pekara dalam hidup ini.
               
 Ibnu Tamiyyah pernah menjawab semua pertanyaan ini dengan jawapan umum yang                      mampu merangkumi segalanya tetapi gagal. Sebaliknya beliau berkata " bertapa malangnya penduduk dunia yang keluar dari dunia ini tampa sempat merasakan perkara paling manis di dalamnya." beliau lalu ditanya;" apakah perkara itu?" jawabnya."mencintai ALLAH s.w.t."

    Mungkin ada yang keliru dengan jawapan ini. kita perlu memahaminya secara global . misalnya kita sedang berada di sebatang jalan yang bercabang tapi kemudian kita tahu bahawa jalan-jalan ini berakhir pada satu tujuan. itulah titik' mencintai ALLAH'  
                                                                                                 (dipetik dari petikan buku  menjemput roh ibadah)

 

Saturday, 10 September 2011

masih ada kah manusia yang jujur dan iklas..?

aku terpikir masih adakah manusia yang jujur dalam persahabatan dan percintaan..? umur aku baru 20 , aku belum cukup matang tapi, aku kenal ramai kawan -kawan di sekolah.. sikap mereka untuk berkawan cumalah untuk kepentingan diri sendiri bukan untuk mencari temen di dunia dan juga di akhirat. aku jumpa ramai kawan2 yang selalu mengambil kesempatan atas kelemahan dan juga kelebihan aku..aku bukan nak ungkit pasal kawan-kawan tapi adil ke bagi aku,. aku dalam kesusahan semua menghilang tetapi sebaliknya bila mereka perlukan pertolongan semuanya muncul.. argh!!! terasa nak jerit satu dunia lepaskan keluhan.. tapi kalau aku mengeluh bermakna aku telah kalah dalam kehidupan aku..jadi kene teruskan jugak hidup ni kan..?

Friday, 9 September 2011

tiap-tiap hari benda yang sama

hari ni aku pergi kelas macm biasa , setiap ari benda yang sama berlaku dalam hidup aku.. pergi kelas, tulis nota, balik kelas klaw x ada aktiviti aku tido je.. boring jugak hidup macam ni, x ada kemajuaan dalam diri aku.. selalu hari cuti sabtu ahad aku balik kampung, tenang la cikit kepala ni, x ada la asyik pikir pasal belajar. balik je kampung ada je keje yang aku boleh buat, tpi kalaw duduk ipoh ni aku tido men laptop bile cuti, dah tu tangah malam aku kuar pulakjalan-jalan . tak reti aku nak duduk rumah sewa ni. perut pulak asyik lapar je memanjang, sampai perut pun nak buncit asyik makan je..aku teringin nak ubah cara hidup aku tp aku x tau macam mana nak mulekan.
boring sangat tido je.

Friday, 12 August 2011

FIKIRKAN

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata tidak baik,
fikirkan tentang seorang yang tidak dapat berkata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa untuk dimakan.

sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
fikirkan tentang seorang yang minta-minta di jalanan.

sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
fikirkan tentang seorang yang berada pada keadaan terburuk dalam hidupnya.

jika kita mengeluh tentang hidup,
fikirkan tentang seorang yang telah pergi ketika ingin menatap dunia.

sebelum kita menunjukan jari dan menyalahkan orang lain ,
ingatlah bahawa tidak ada seorabg pun yang berdosa dan sempurna.

dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
tersenyum dan bersyukur la pada ALLAH S.W.T kerana kita masih ada DIA di sisi untuk meneruskan kehidupan..

"umat islam dan para ulamak yang sentiasa bergantung pada ALLAH S.W.T dalam hidup mereka , jika mereka dibeikan ujian mereka bersyukur pada ALLAH S.W.T kerana ALLAH sentiasa mengigatkan mereka dalam apa2 pun perkara. Tetapi jika mereka tidak diberikan ujuan dalam kehidupan mereka bersedih kerana mereka takut ALLAH S.W.T telah melupakan mereka."

"berbeza dengan sestengah masyarakat umat islam sekarang apabila beroleh kesenagan mereka lupa siapa mereka tanpa ada rasa bersyukur kepada ALLAH S.W.T .. dan apabila mereka diberi kesusahan dan ujian mereka mengatakan ALLAH S.W.T tidak sayang pada mereka"


A GOOD FRIEND

Being a good friend is really an art
a wonderful talent
that comes from the heart
it's knowing the kind thing
to do or to say
listening and talking
for problem away
it's being together
in good times or bad
aid just with a smile
making each other glad
it/s caring for someone
thank goodness for good friend
friend just like you 

Thursday, 11 August 2011

ketetapan Hati

tetapkan hati ini dengan iman ,
agar tidak terpesong di persimpangan jalan,
setiap persimpangan membawa kepada satu arah , 
kebaikan..? @ keburukan..?
setiap persoalan akan bermain didalam minda, 
mampukah engkau meneruskan perjalan ini jika engkau tesilap pilih..?
mampu kah aku berpatah kembali..?
satu jawapan yang mungkin yang mungkin mengubah segalanya,
iaitu setiap perjalanan mestilah dilalui dengan keredhaan darinya,
ALLAH S.W.T.
agar tidak tersesat dan tidak terpesong,
DIA YANG MAHA MENGETAHUI, 
apa yang akan terjadi,
jika tersesat di persimpangan,
masih ada jalan kembali, 
tapi janganlah engkau kembali ke jalan yang lama lagi..
INSYAALLAH,..AMIN..