Thursday, 29 September 2011

MAK nak UPah..!


 Si anak memberikan sehelai kertas kpd si ibu, 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4.00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA. Si anak menitiskan air mata lantas memeluk ibunya
P/S : Tak cukupkah kita menyusahkan dia sejak dari kita belum lahir?peringatan untuk semua orang dan saya sendiri.!

Saturday, 24 September 2011

DULU : bila musim buah

kenangan aku waktu umur aku 9 ke 12 tahum . biasa la zaman budak-budak sape tak seronok bile musim buah patang nampak buah yang baru nak masak dah rembat.. umah aku ngan umah tok aku cuma 20 ke 30 langkah je jalan.. kat umah dok aku macam-macam buah ada.. jadi tiap kali musim buah tok aku dah siap buat lastik nak lestik sape yang ambik buah.. tok aku geram sebab buah 2 baru je nak masak dah hilang.. aku ngan abang aku punya keja.. aku ingat lagi bila pokok mangis masak je kat depan umah tok aku.. kami semua caver line tengok tok buat apa.. tau je tok tengah wat keja .. kami apalagi terus panjat pokok mangis.. sambil dok atas pokok masing2 cari buah yang baru nak masak.. bila tok aku nampak je kami atas pokok apa lagi terus dia ambik lastik , lastik kami.. apa lagi lingtang pukang kami lari, semua terjun pokok.. nasib baik la tak kena, kalau tak bengkak seminggu.. maklum la tok aku guna peluru batu.. boleh kata tiap kali kami panjat tok tau je.. dah tu kene merepek pulak bila tok pergi umah aku.. apa nak wat dengar je la tp esok tu kami wat lagi..hahah budak-budak setakat merepek je takde maknenye.. tpi sekarang dah takde dah semua tu sebab tok aku dah , meninggal dunia.. jadi tu semua kengan aku.. bila musim buah je.. semua cam tak berminat.


 " masa yang lepas akan jadi kenangan , masa depan tak siapa yang tahu apa yang akan jadi"


 
   

Friday, 23 September 2011

Senjata Umat Islam


   Tidak sedikit orang yang mengeluhkan kesulitan, permasalahan serta rintangan yang menghadang mereka yang beragama secara benar. Mereka kemudian mengatakan ,"setiap kali kami ingin mendekatkan diri kepada ALLAH, kami tidak mampu dan kembali kami melakukan maksiat lagi." penulis ingin mengatakan; "ubat penawar bagi penyakit kalian adalah zikirullah." penulis sedar, sebahagian orang akan meremehkan jawapan ini. 
   saudara tercinta, jangan pernah mengabaikannya. ini jawapan yang telah teruji. ALAh S.W.T telah memberi kita dua senjata yang tidak boleh ditinggalkan sepanjang hidup. senjata pertama adalah "ZIKIRULLAH" dan senjata kedua adalah "DOA". ketahuilah, saudara, bahawa orang yang mengabaikan senjatanya akan dikalahkan oleh musuhnya.

Monday, 12 September 2011

Yang Paling Manis Di Dunia

         Hamba siapakah kita? apakah kita hamba diri sendiri? apakah kita hamba syahwat sendiri? siapakah pemilik kita yang sebenarnya? apakah tujuan kita hidup di dunia? ini lah pertanyaan yang bertebaran bersama pelbagai pekara dalam hidup ini.
               
 Ibnu Tamiyyah pernah menjawab semua pertanyaan ini dengan jawapan umum yang                      mampu merangkumi segalanya tetapi gagal. Sebaliknya beliau berkata " bertapa malangnya penduduk dunia yang keluar dari dunia ini tampa sempat merasakan perkara paling manis di dalamnya." beliau lalu ditanya;" apakah perkara itu?" jawabnya."mencintai ALLAH s.w.t."

    Mungkin ada yang keliru dengan jawapan ini. kita perlu memahaminya secara global . misalnya kita sedang berada di sebatang jalan yang bercabang tapi kemudian kita tahu bahawa jalan-jalan ini berakhir pada satu tujuan. itulah titik' mencintai ALLAH'  
                                                                                                 (dipetik dari petikan buku  menjemput roh ibadah)

 

Saturday, 10 September 2011

masih ada kah manusia yang jujur dan iklas..?

aku terpikir masih adakah manusia yang jujur dalam persahabatan dan percintaan..? umur aku baru 20 , aku belum cukup matang tapi, aku kenal ramai kawan -kawan di sekolah.. sikap mereka untuk berkawan cumalah untuk kepentingan diri sendiri bukan untuk mencari temen di dunia dan juga di akhirat. aku jumpa ramai kawan2 yang selalu mengambil kesempatan atas kelemahan dan juga kelebihan aku..aku bukan nak ungkit pasal kawan-kawan tapi adil ke bagi aku,. aku dalam kesusahan semua menghilang tetapi sebaliknya bila mereka perlukan pertolongan semuanya muncul.. argh!!! terasa nak jerit satu dunia lepaskan keluhan.. tapi kalau aku mengeluh bermakna aku telah kalah dalam kehidupan aku..jadi kene teruskan jugak hidup ni kan..?

Friday, 9 September 2011

tiap-tiap hari benda yang sama

hari ni aku pergi kelas macm biasa , setiap ari benda yang sama berlaku dalam hidup aku.. pergi kelas, tulis nota, balik kelas klaw x ada aktiviti aku tido je.. boring jugak hidup macam ni, x ada kemajuaan dalam diri aku.. selalu hari cuti sabtu ahad aku balik kampung, tenang la cikit kepala ni, x ada la asyik pikir pasal belajar. balik je kampung ada je keje yang aku boleh buat, tpi kalaw duduk ipoh ni aku tido men laptop bile cuti, dah tu tangah malam aku kuar pulakjalan-jalan . tak reti aku nak duduk rumah sewa ni. perut pulak asyik lapar je memanjang, sampai perut pun nak buncit asyik makan je..aku teringin nak ubah cara hidup aku tp aku x tau macam mana nak mulekan.
boring sangat tido je.