Thursday, 17 November 2011

jodohhhh!!!!

✿..JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah..
Sebab apa?
Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buatku, buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..buat apa terlalu memikirkan sangat..kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup..✿~
>>> Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi..(✿◠‿◠)

Saturday, 12 November 2011

mampu kah aku menjadi anak yang soleh pada ibu bapa ku...?

  sejak mak aku mengandung aku selalu menyusahkan aku. walau[pun waktu tu aku dalam perut. maka au terpaks berpantang, nak kene jage diri supaya kandungan mak aku tak terjejas. ini belum lagi aku dilahirkan ..
13/03/1991 aku dilahirkan. adik beradik aku semua lahir normal tapi aku susah sikit sebab aku lahir mak aku kena bedah. dah sakit bersalinkan aku lepas tu kene tahan sakit sebab bedah lagi. besarnya perngorbanan mak aku untuk melahirkan aku. abah pulak sentiasa jaga aku dan adik beradik aku untuk beri kami makan. tapi dapat ke aku balas semua perngorbanan mak dan abah aku. dan aku x tau bila la aku dapat tolong mak aku, jaga mak dan berkoban untuk dan abah aku, mcm mana mak ngan abah berkkorban untuk anak-anaknya..


-DOA UNTUK IBU BAPA-
Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka  
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mere

ka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu 
hidup 
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita 
menghisap 
darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. 
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau 
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 
memperdulikan 
dan 
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya 
didahulukan 
didunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...