Sunday, 11 December 2011

hidup seorang penoreh getah.

assalamualaikum..

   alhamdulillah semalam dan ari ni cuaca baik je jadi boleh la ku pergi kebun untuk menoreh atau orang kampong cakap ''pergi motong''. biasa la dah jadi anak penoreh kena la tau menoreh. kul 6.30 pg baru aku bangun biasa la orang muda bukan cam orang tue aku kul 4 @ 5 dah bagun. selesai solat subuh aku terus ke kebun untuk menoreh. semalam cuaca elok, jadi pokok kering boleh motong kalaw ujan pulak aku kira aku dapat cuti la . sebab klaw pokok basah susu getah x ada dan takut pulak pokok rosak.  
  selalunye aku g motong kul 7.30 @kul 8 pg cam 2 la. habis pulak x menentu kadang-kadang kul 11 ,12, x pun dalam kul 1 baru aku balik umah. aku paling x tahan bile tengah toreh nyamuk datang , aduhai gatalnye 1badan mane dengan pacat lagi. sebenarnye bile kene isap darah dengan pacat ni bagus sebab dia isap darah kotor , yang jadi masalahnye bile dah abis isap darah  ,darah kat kaki x nak behenti. aduhai kena tungu behenti baru la boleh solat.
   cam biase klaw rini x ujan esok boleh motong lagi, petang 2 pulak tiba2 alamak hari ujan, abis susu getah dah bercampur dengan air, abis getah keluar dari pot. nak wat ,macam mane  x ada rezeki la untuk arini. disebabkan semalam ujan jadi arini kira cuti la. nak tido je letih pulak jadi aku pun buat la keje ape2 yang patut kat umah.
   esok pagi pegi motong sebab semlam x ujan dah. alhamdulillah susu dalam pot getah ada lagi, rezeki aku walaupun x banyak. dah kat seminggu aku motong ,ada la getah untuk dikutip, sesetengah orang jual susu getah tapi kat kg aku semua jual getah yang dah beku. baunye pulak, perghhh 2 hari x ilang, minyak wangi original pun klah. tapi nak wat macam mana x kan nak suh orang kutip. rugi pulak asenye.
   dulu harga getah  x sampai 2 ringgit , tiap kali p kutip getah upah aku cuma singit ke 5 ingit je, tapi budak2 dapat duit dah seronok. waktu umur aku dalam 8 ke 9 tahun aku dh kene pergi kutip getah beku. biasa anak orang kampung. susahnye hidup dulu lebih bermakna dari sekrang. sekarang harga getah dah naik dalam 4 ke 5 ingit , harga getah ni x menentu, bila naik ada sampai kat 6 ke 7 ingit sekilo. jadi pendapatan pun ada bertambah dan ada berkurang. jadi pendapat pun x tetap la. sekarng klaw kutip getah insyallah dapat la upah 10 ke 50 ingit, iye la sebab getah dah naik harga jadi upah pun naik la. lagi satu dah besar duit ade je untuk digunakan. kecik dulu taunye cume nak beli gula2 dan keropok.
   macam ni la hidup penoreh , pendapatannye ikut , harga pasaran, cuaca, alam semula jadi, nak x nak setiap penoreh kene terima  klaw x macam mane dapur nak berasap. orang sekarang cakap jadi penoreh lebih kaya dari orang kerja kerajaan tp penah ke orang yang cakap tu hidup jadi seoarng penoreh, dan mampu ke besarkan anak yang seramai 10 ke 15 hanya hidup sebagai penoreh..? pikir-pikirkan la jangan cume tahu berkata-kata ..

'' hidup ini lebih bermakna jika bermula dari bawah agar kita sedar siapa kita bila berjaya. tidak mudah lupa di''

Assalammualaikum...

okey , entry aku kali nie bukan lah entry aku yang original datang dari kepala otak aku yang x beberapa nak cerdik nie kan ? sebab entry aku kali nie , aku copy & paste dari wall dekat fb aku . but , yang paling penting mesej / moral value yang di berikan & di tonjol kan begitu bermakna bagi kita semua di dunia nie . walaupun entry aku kali nie aku just copy & paste , aku harap mesej nie akan jadi iktibar , pengajaran & tauladan kita bersama . so , kita renung renung kan & selamat beramal ! :D


Orang kata aku lahir dari perut mak ! ( Bukan org kata , memang betul )

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
 
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang boleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefon , Mak .
Bila seronok , orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .
 

Aku ada pasangan hidup sendiri .
 

Bila seronok , aku cari , Pasanganku .
 
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefon pasanganku !
Entah bila , aku nak telefon mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :
 

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bolehkah kau kirim wang untuk mak
 

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
 

Berderai air mata jika kita mendengarnya .
 

Tapi kalau mak sudah tiada .
 

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "
 

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
 
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya . Kos upah membantu ibu :
 

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
 

2) Tolong jaga adik : RM4.00
 

3) Tolong buang sampah : RM1.00
 

4) Tolong kemas bilik : RM2.00
 

5) Tolong siram bunga : RM3.00
 

6) Tolong sapu sampah : RM3.00
 

Jumlah : RM17.00
 

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .
 

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
 

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
 

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
 

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
 

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
 

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,


" Saya Sayangkan Ibu " . Kemudian si anak mengambil pen dan menulis " Telah Dibayar " pada mukasurat yang sama ditulisnya .